Immediate Family
-
mother
About Putri Laila Menchanai binti Sultan Kamaluddin
Putri Laila Menchanai adalah puteri kepada Sultan Sulu ke-2 iaitu Al-Marhum Sultan Kamaluddin ibni Sultan Shariful Hashim @ Abu Bakar. Al-Marhumah Putri berkahwin dengan Sultan Brunei ke-5 berputerakan Rajah Lontok, Gat Pandan dan Dayang Ysmeria.
Menurut sumber, Sultan Bolkiah mangkat sewaktu bersama permaisurinya Putri Laila Menchanai di dalam sebuah kapal sewaktu dalam perjalanan pulang ke Brunei. Menurut tradisi lisan, Al-Marhumah berasal dari buih yang terkandung dalam segumpal rumpair telah dijumpai oleh Sultan Bolkiah di tengah laut. Kemudian baginda mengambil dan dijadikan permaisurinya. Dikatakan ketika itu baginda sedang tidur di pangkuan Putri yang sedang menyulam iaitu menjahit dan jarum emas yang digunakan oleh Putri telah tercucuk baginda menyebabkan baginda mangkat.
Kemangkatan baginda tidak dimaklumkan oleh Putri kepada semua anak kapal dalam pelayaran tersebut kerana telah memberi alasan bahawa bau busuk yang dihidu oleh mereka merupakan bau bangkai tikus. Kemangkatan baginda akhirnya dimaklumkan oleh Putri kepada Pemangku Sultan iaitu Pg Muda Tengah Abdul Kahar setelah rombongan mereka salamat sampai ke Brunei. Selepas memaklumkan berita kemangkatan ini, Putri dikatakan telah membunuh diri dan mewasiatkan dimakamkan bersama Sultan Bolkiah. Makam ini digelar Makam Selarong Bernisan Tiga iaitu Makam Sultan Bolkiah bersama Putri Laila Menchanai.
والله أعلمُ
Putri Laila Menchanai binti Sultan Kamaluddin's Timeline
1488 |
1488
|
Brunei (Brunei Darussalam)
|
|
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? |
Brunei Darussalam
|
||
???? | |||
???? |
Makam Selarong Bernisan Tiga, Kota Batu, Bandar Seri Begawan
|