"Bin" atau "Binti" didalam nama

Started by Hj Ab Rahman Bin Bistamam on Monday, April 1, 2019
Problem with this page?

Participants:

Showing all 8 posts

Bin atau Binti yang biasa disertakan pada nama orang Melayu dan di letakkan didalam kad pengenalan patutnya di gunakan juga didalam Geni bagi orang melayu. Bagi saya, saya telah menggunakan Bin/Binti ini di kesemua nama terutama apabila nama bapanya diketahui. Ia bagus digunakan didalam Geni dan diletakkan pada nama kedua.
Kebaikannya adalah, antara lainnya;
1. Ianya sama dengan kebiasaan nama melayu yang seragam dengan kad pengenalan, paspot dan lain2 dokumen.
2. Dari display nama itu, kita terus dapat tahu lelaki atau perempuan
3. Oleh kerana bin/binti terletak diantara name seseorang dan nama ayahnya, kita dapat tahu dengan positif apa kah name yang diberi kepada seseorang itu dan apakah nama ayahnya. Tanpa penggunaan bin/binti, adalah susah untuk mengetahui akan nama seseorang dan nama ayahnya terutama bagi nama mereka dan ayah mereka yang panjang.
Itu sahaja dahulu.

Pada pendapat saya, tak perlu di bubuh pada nama kedua TAPI boleh lah di bubuh dalam "Display Name" saja.

CON nya
- Takut nanti database GENI keliru yang banyak nama kedua mempunyai "bin" atau "binti" & juga dalam statistic nama terbanyak di gunakan.
- Saya tak bubuhkannya sebab dunia digital dalam GENI dah dapat membezakan lelaki maupun perempuan melalui ikonnya sendiri, Biru utk lelaki & Pink utk perempuan.
- Utk membezakan nama ayah dalam nama display boleh di ubah melalui setting dengan mengaktifkan "CAP LOCK" utk nama ayah.

Yang mengetahui itu adalah ALLAH manakala sifat kelemahan itu ada pada saya. Maafkan saya jikalau ada terkasar bahasa dalam sama2 memberi pendapat masing2...

Saya bersetuju dengan saranan Hj Mohd Safwan Hj Hidup @ Dollah, bin atau binti boleh diletakkan pada "Display name"

Saya juga bersetuju dengan pendapat tuan Hj Md Safwan Hidup dan tuan Aznijar bin Ahmad Yazid, Bin atau Binti diletakkan pada ruangan Display Name.

Tak perlu " bin atau "binti" kerana ada kotak male atau female setiap nama yang di catitkan.
Jangan buat confuse dalam fomate geni ini.

Saya juga bersetuju untuk tidak dimasukkan di dalam medan nama utama ((first/last name).

Pengalaman saya pernah berjumpa dengan profil yang mempunyai "Bin" dan "Binti" sebahagian dari nama asal mereka, bukannya penyambung nama. Ini akan menjadikan kita keliru yang mana satu bahagian nama beliau atau nama ayahnya :) Akan ada kesukaran untuk membuat carian nama-nama sebegini kerana akan ada ribuan nama yg memiliki bin atau binti di dalam nama mereka. Mahupun jika dimasukkan di dalam medan middle name, akan masih timbul pertanyaan adakah ianya penyambung nama atau sebahagian dari nama sebenarnya.

Boleh google contoh:
- "Nurshahrul Bin Binti Sarom"
- "Tuan Ahmad Azaruddin Bin Bin Yamin"
- "Benedick Bin Binti Ben"

Pastikan First name diisi nama sendiri dan Last name nama ayah suapaya lebih jelas. Dan gunakan setting CAPS LOCK untuk Last name (rujuk https://www.geni.com/discussions/186390). Jika diperlukan Display name boleh digunakan.

saya setuju dengan @Hj Md Safwan Hidup. "First name" letak nama kita, "Last Name" letak bapa, "Display name" letak nama penuh mengikut kad pengenalan.

Muammar Ishak Penerangan terang lg bersuluh tuu. hehe Btw, sekiranya nak letak nama yang sesuka suka sahaja tanpa geni standard, rasanya boleh masukkan dalam versi bahasa Melayu. https://help.geni.com/hc/en-us/articles/229704207-How-do-I-add-mult...

Showing all 8 posts

Create a free account or login to participate in this discussion