NAMA DALAM HURUF BESAR

Started by Private User on Sunday, June 7, 2020
Problem with this page?

Participants:

Showing all 14 posts

saya menggunakan huruf besar baru keseluruhan nama, apa pendapat semua?

Setuju

Please refer to https://wiki.geni.com/index.php/Naming_Conventions for details. Boleh guna utk Display Name. Best practice for all Geni users.

setuju

Look big and great but I prefer Muhammad Zahiruddin b Zaki written only as first name and nothing on Last name or Birth Surname. Female bt (without a dot).

Never mind the Convention!

The purpose to put first/last name is to ensure the Geni system detect the accurate suggestion for smart matching. If letak sekali smua, suggestion akan bagi semua bercampur. Tak gitu Muammar Ishak ?

Tak setuju... nampak hodoh dan tak official. Better remain "Aaaaa Bbbbb"

Kita ada cara penulisan melayu kita sendiri,x perlu nak ikut cara orang lain..saya lebih senang penulisan biasa..huruf pertama huruf besar..contohnya..Aaaa bin Bbbb jika ada yang nak guna semua huruf besar,terpulanglah pada individu tersebut.

Saya faham konvensi(piawaian) mungkin tidak selari dengan cara kerja masing-masing. Tiada paksaan juga kepada sesiapa yang mengikut panduan konvensi tersebut.

Wujudnya konvensi ini ialah untuk memudahkan anda ketika berkolaborasi dengan pengumpul2 salasilah yang lain di sini.

Cabaran utama dalam mengendalikan salasilah di Geni adalah apabila kita mula berkolaborasi. Bayangkan apabila pohon2 salasilah bergabung manakala masing mahu menggunakan cara yang tersendiri. Penyelesaian konflik gabungan akan menjadi teramat sukar. Kolaborasi adalah lebih mudah apabila lebih ramai menggunakan format yg sama.

Selain itu seperti yang disebutkan oleh saudara Ulum, penggunaan medan first/last name yang selari antara pengguna akan lebih memudahkan untuk membuat carian. Terutamanya apabila sesuatu medan tersebut dikhaskan untuk satu tujuan. Contohnya jika penggunaan medan last name dikhaskan kepada nama bapa, pengguna boleh membuat carian spesifik terhadap medan tersebut.

Saya setuju supaya nama kekal dieja dalam cara lama - Aaaaa Bbbbb Caaa. Nampak lebih kemas.
(2) Ejaan nama juga sepatutnya dikekalkan dengan ejaan asal dan jangan diubah susai ikut selera masing-masing. Umpamanya Mohamed jangan diubahkan kepada Md atau Mohd atau Mohamad atau Muhamad dan sebagainya.
(3) Sekarang ini saya nak guna ruang First Name dan Family name sebab tidak selaras dengan amalan kita tetapi jika untuk menyesuaikan dengan budaya Geni kita harus amalkan juga. Tidak menjadi masaalah saya rasa. Hanya sesama kita kita harus bersetuju cara kita nak buat. Bagi kita yang tidak ada nama keluarga kita guna nama bapak sebagai last name tetapi ia akan berubah tiap-tiap generasi sedangkan Geni akan kekalkan nama yang mula-mula dipilih. Untuk mengelak daripada kekeliruan saya rasa lebih elok kita masukkan nama sebaris sahaja,
(4) Apa pendapat sahabat-sahabat Curator Melayu dan Nusantara? Kita dah ada berapa orang Curator Melayu sekarang?

TAK guna. Bukan NAK guna.

Kalau saya, lebih kemas cara Aaa, Bbb dll... Huruf besar tu terkadang saya bubuh pada SURNAME sahaja... di mana ada ayahandanya terkadang mempunyai 2 kerat nama seperti contoh di bawah...

Md Ali Emran Sidek (standard nya)
Md Ali Emran SIDEK (highlight surname)
Md Ali EMRAN SIDEK (perbezaan nama surname)

Kalau di bubuh bin pada display name utk membuang kekeliruan...

Md Ali Emran bin Sidek
ataupun
Md Ali bin Emran Sidek

So... peranan huruf besar bagi saya, saya utamakan di situasi begini utk kemudahan berbezaan nama anatara First Name & Surname...

Showing all 14 posts

Create a free account or login to participate in this discussion