Pengiran Paduka Tuan Sahibul Karib Pengiran Haji Abu Bakar ibni Pengiran Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II

Bandar Seri Begawan, Brunei, Brunei Darussalam

Is your surname Pengiran Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II?

Research the Pengiran Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II family

Pengiran Paduka Tuan Sahibul Karib Pengiran Haji Abu Bakar ibni Pengiran Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pengiran Paduka Tuan Sahibul Karib Pengiran Haji Abu Bakar ibni Pengiran Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II

Birthdate:
Birthplace: Kampong Pemancha Lama, Bandar Brunei, Brunei, Brunei Darussalam
Death: November 07, 1974 (66-67)
Kampong Tasek Meradun, Jalan Tutong, Brunei (Brunei Darussalam) (Natural Cause)
Place of Burial: Bandar Seri Begawan, Brunei, Brunei Darussalam
Immediate Family:

Son of Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh Bin Pg Maharaja Lela Sahibul Kahar Pg Anak Abd Kahar and Kedayang Kilong Awang Kasim
Husband of Datin Hajah Puan Husin and Pg Nooralam bte Pg Anak Abdul Momin
Father of Private; Private; Pengiran Haji Mohiddin bin Pengiran Paduka Tuan Sahibul Karib Pengiran Haji Abu Bakar; Private; Private and 1 other
Brother of Pg Isteri Pg Hjh Noralam binti Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh II; Pg Siti Sara binti Pg Pemancha Pg Anak Mohd salleh II and Pg Siti Norsiah binti Pg Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II
Half brother of Pg Anak Hj Tajuddin ibni Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh II; Pg Anak Hj Muhammad; Pg Anak Muhammad Yassin ibnu Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh II; Private; Pg Sulaiman Pg Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II and 2 others

Occupation: Speaker of The Legeslative Council (1962 - July 1971
Managed by: Muhammad Hadi Sufiyan Haji Ali ...
Last Updated:

About Pengiran Paduka Tuan Sahibul Karib Pengiran Haji Abu Bakar ibni Pengiran Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II

Pg Abu Bakar adalah anak kepada Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh II dengan pasangannya Kedayang Kilong. Beliau mempunyai waris keturunan kesultanan Melayu Brunei melalui Al-Marhum Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar [Sultan Brunei ke-11, 1659-1660] yang memputerakan Pg Temenggong Raja Di-Gayoh @ Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin yang beranakkan Pg Temenggong Pg Anak Hj Abdul Kahar Ragum yang beranakkan Pg Anak Ismail yang beranakkan Pg Kerma Indera Pg Anak Bahar yang beranakkan Pg Maharaja Lela Pg Anak Abdul Kahar yang beranakkan Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh II dan beranakkan Pg Abu Bakar. Di segi susunan atau hirarki, Pg Abu Bakar adalah generasi ke-8 kepada Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar. Beliau dilahirkan pada tahun 1907 di Bandar Brunei. Mula berkhidmat dengan Kerajaan pada 1 Januari 1929 iaitu sebagai kerani di pejabat Residen British Brunei. Pada 1 Ogos 1946, dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pentadbir Grade II pada 1 Februari 1947. Setelah setahun menjawat jawatan Pegawai Pentadbir Grade II, beliau dilantik menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Temburong. Kemudian ditukar pula ke Daerah Belait pada 15 Mei 1949 sebagai Pegawai Daerah Belait, dan sekali lagi ditukar balik ke Daerah Temburong pada 1 Februari 1950.

Sewaktu hayatnya, beliau merupakan salah seorang pembesar negara yang sering mendampingi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien [Sultan Brunei ke-28, 1950-1967] berangkat ke kampung-kampung pedalaman seperti mengiringi keberangkatan baginda bersolat Jumaat di masjid Kg. Pudak. Pada 1 Jun 1954, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pentadbir Tingkat Tertinggi dan selepas itu ditukar menjadi Pegawai Daerah Seria [Daerah Belait] pada 16 Februari 1955. Pada 15 Ogos 1955, sekali lagi ditukar menjadi Pegawai Daerah Temburong. Pada 1 Oktober 1959, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Pentadbir Tingkat Khas. Pada tahun 1957, beliau dilantik menjadi salah seorang daripada 19 orang Ahli-Ahli Jawatankuasa Undang-Undang bagi Menggubal satu Rang Undang-Undang dan Dasar Pelajaran yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Mengimbas kembali sewaktu hayat, beliau adalah antara orang yang memainkan peranan penting dalam menentukan untung nasib negara kerana beliau merupakan salah seorang yang menyertai rombongan bagi merundingkan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada bulan September 1958 di Kota London, United Kingdom. Setelah Undang-Undang Perlembagaan dikuatkuasakan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah menubuhkan satu jawantankuasa iaitu Jawatankuasa Undang-Undang Taraf Kerakyatan yang mengandungi 11 orang ahli-ahli bagi meneliti undang-undang yang dibuat oleh Tuan Sufian bin Haji Hashim, selama tiga bulan dengan bantuan Mr. Michael dan Dato Sir Niel Lawson. Beliau adalah salah seorang yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa tersebut. Atas kurniaan perlantikan itu beliau sentiasa memainkan peranan dalam memberikan buah fikiran yang bernas terhadap apa jua perancangan, perundingan, dan perlaksanaan, terutama rancangan Pembentukan Perlembagaan 1959.

Pada 29 September 1959, ketika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien bagi pihak Kerajaan Brunei dan Tuan Yang Terutama Sir Robert Scott, Pesuruhjaya Tinggi British bagi Asia Tenggara; dan Mr. F.D. Jackeway, wakil Gabenor Sarawak bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, menandatangani beberapa dokumen penting antaranya Perjanjian Baharu antara Brunei dengan United Kingdom; Perlembagaan Negeri Brunei; dan Permasyhuran Majlis Mengangkat Raja dan Melantik Pemangku-Pemangku Raja. Seramai 14 orang pembesar negeri telah menjadi saksi dalam istiadat menandatangani itu, dan salah seorang daripadanya ialah beliau sendiri. Setelah terbentuknya Perlembagaan Negeri Brunei pada tahun 1959, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan melantik Pg Hj Abu Bakar menjadi Speaker Majlis Mesyuarat yang pertama. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1962, setelah tercetusnya pemberontakan pada Disember 1962. Di samping itu, beliau juga memegang jawatan Pegawai Pentadbir Tingkat Khas.

Sewaktu dalam persaraan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan melantik beliau untuk menjawat jawatan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga 31 Disember 1970. Ketika menjawat jawatan ini, beliau telah mengetuai satu rombongan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Brunei mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur pada 21 November 1962 bagi rundingan dengan ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaya. Pada 22 Julai 1963, beliau adalah salah seorang ahli rombongan yang menyertai keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien bagi mengetuai perwakilan Brunei atas jemputan Mr. Duncan Sandys, Setiausaha Negara British (Perdana Menterinya ketika itu ialah Mr. Harold MacMillan) untuk mengadakan perundingan dengan Kerajaan Baginda Queen mengenai kemasukan Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia. Walaupun setelah bersara, beliau sering diundang bagi menyempurnakan sesuatu majlis pembukaan rasmi atau selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, antaranya pembukaan rasmi bangunan Sekolah Melayu Orang Kaya Berandai, Kg. Bukit Sawat, Ulu Belait, pada 28 Ogos 1971; Kongres Agung Perwakilan Belia-Belia Brunei Daerah Belait di Dewan Kemasyarakatan Daerah Belait, pada 5 Mei 1972; Sambutan Hari Pelajar Sekolah Melayu Muhammad Alam, Seria, pada 25 Jun 1972; majlis Sambutan Isra dan Mikraj di Kuala Belait dan pembukaan gymnnasium Sekolah Menengah Chung Hwa, Kuala Belait. Di samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri 1957; ahli Jawatankuasa Penggubal Undang-Undang Pelajaran dan Dasar Pelajaran 1957; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 1970; ahli Majlis Mesyuarat Diraja; dah ahli Majlis Syariah.

Mengenangkan jasa dan khidmat bakti yang ditumpahkan oleh Pg Hj Abu Bakar terhadap bangsa dan negara, maka pada bulan Februari 1968, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien menganugerahkan gelaran Cheteria Lapan yang membawa gelaran Pg Indera Mahkota dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Darul Hana. Tiga bulan kemudian Pg Indera Mahkota Pg Hj Abu Bakar dinaikkan pangkat gelarannya menjadi Cheteria Empat yang membawa gelaran Pg Paduka Tuan Sahibul Karib (sekarang diubah menjadi Pg Indera Setia Diraja Sahibul Karib). Atas sumbangan dan semua jasa bakti beliau, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan Bintang Kebesaran Darjah Setia Negara Brunei (D.S.N.B.) kepada Pg Paduka Tuan Pg Hj Abu Bakar pada 24 November 1960, serta Pingat-Pingat Kehormatan iaitu Pingat Omar Ali Saifuddien (P.O.A.S.); Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (P.H.B.S.); dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

Pg Paduka Tuan Pg Hj Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada 7 November 1974 ketika berusia 67 tahun. Sebagai penghormatan terkahir kepada beliau, semua bendera di seluruh negara dikibarkan setengah tiang, mengikut Adat Istiadat Diraja Brunei dalam bab kematian bagi 'Cheteria'.

والله أعلمُ

view all 11

Pengiran Paduka Tuan Sahibul Karib Pengiran Haji Abu Bakar ibni Pengiran Pemancha Pg Anak Mohd Salleh II's Timeline

1907
1907
Kampong Pemancha Lama, Bandar Brunei, Brunei, Brunei Darussalam
1932
1932
1974
November 7, 1974
Age 67
Kampong Tasek Meradun, Jalan Tutong, Brunei (Brunei Darussalam)
November 7, 1974
Age 67
Kubah Makam Diraja Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, Brunei, Brunei Darussalam