Immediate Family
-
wife
-
mother
-
stepmother
-
half brother
-
half brother
-
half brother
-
half brother
-
half brother
About Pg Digadong Pg Anak Abdul Hakkul Mubin ibni Sultan Saiful Rijal
Pg Anak Abdul Hakkul Mubin merupakan salah seorang putera kepada Al-Marhum Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] dengan salah seorang pasangan baginda yang bukan gahara. Disebutkan, Pg Anak Abd Hakkul Mubin ialah termasyhur gagah dan hukumnya terlalu keras, sehingga ayahanda mertuanya pun pernah dihukumnya. Jikalau membunuh orang dipenggalnya dengan gergaji dan pahat dan disulanya dan disalainya di atas api, dan ialah yang pernah mencabut gigi gundiknya. Catatan Sepanyol pernah mengatakan mungkin Pg Anak Abd Hakkul Mubin inilah yang dijumpai oleh Sepanyol pada masa mereka masuk ke Sungai Brunei dalam tahun 1578, yang dikatakan, putera Sultan yang sangat gagah berumur 30 tahun: “.. apabila mereka membawanya ke Sungai Brunei, dia berjumpa seorang putera Raja Brunei yang dalam perjalanannya hendak berperang menentang angkatan (Sepanyol) .. Dia berumur kira-kira 30 tahun.” Pg Anak Abdul Hakkul Mubin diarak menjadi wazir Pg Digadong ketika pemerintahan adindanya iaitu Sultan Muhammad Hasan [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598]. Tiap-tiap Wazir, Cheteria dan Manteri-Manteri yang dilantik itu masing-masing dengan tugas dan peranannya. Pg Digadong menjadi pemerintah atau penguasa istana, gedung harta dan segala peralatan negara. Pg Digadong Pg Anak Abd Hakkul Mubin inilah orang yang mula-mula sekali memegang gelaran Pengiran Digadong di Brunei. Beliau juga termasyhur dengan nama Pg Digadong Berunai.
والله أعلمُ
Pg Digadong Pg Anak Abdul Hakkul Mubin ibni Sultan Saiful Rijal's Timeline
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? |