Immediate Family
-
daughter
-
daughter
About Sultan Hussin Kamaluddin [Sultan Brunei 1710 -1730 & 1737-1740]
16. SULTAN HUSIN KAMALUDDIN (TM 1710 - 1730) (TM 1737 - 1740)
Baginda adalah Sultan Husin Kamaluddin [Sultan Brunei ke-16, 1710-1730 & 1737-1740] dan merupakan anakanda kepada Al-Marhum Sultan Hj Muhammad Ali dengan pasangan baginda Raja Zulaiha. Sebelum ditabalkan menjadi Sultan baginda adalah Pg Muda Kamaluddin. Baginda juga dikenal sebagai raja yang adil, warak dan dianggap sebagai Sultan yang mempunyai keramat. Pada masa zaman baginda, negara makmur dan rezeki mudah diperolehi. Bagi mengembangkan perekonomian itu pula baginda telah mengeluarkan mata wang sendiri ke Padian disebut ‘pitis’, untuk diperniagakan bagi memudahkan para peniaga dan orang ramai berurus niaga dengan baik dan sempurna. Muka depan mata wang itu menggunakan nama baginda Sultan Husin Kamaluddin Malikul Adil, manakala di muka sebelahnya mempunyai reka bentuk seekor binatang (unta/kucing). Segala perusahaan, tanam-tanaman tumbuh subur dan ikan-ikan bahan permakanan rakyat dan penduduk Brunei mudah didapati. Keadaan perekonomian, perdagangan dan perniagaan sentiasa diambil perhatian oleh baginda. Dalam sejarah Kesultanan Brunei, baginda adalah seorang Sultan yang diriwayatkan telah dua kali memerintah Kerajaan Brunei. Kali pertama pada tahun 1730M, baginda telah secara sukarela menurunkan takhta dan menyerahkan kepada menantu baginda, Pg Muda Muhammad A'lauddin (cucunda kepada Sultan Muhyiddin) menjadi Sultan Muhammad Alauddin. Apabila menurunkan dari takhta, Sultan Husin Kamaluddin menamakan diri baginda Paduka Seri Begawan Sultan dan seterusnya bersemayam di Temburong. Namun masa pemerintahan Sultan Muhammad Alauddin hanya berlangsung singkat kerana mangkat pada tahun 1737. Oleh kerana Sultan Muhammad Alauddin masih memiliki putera yang belum cukup umur maka Sultan Husin Kamaluddin yang sebenarnya telah meletakkan jawatan dan bergelar Paduka Seri Begawan Sultan dan bersemayam di Temburong telah dijunjung semula untuk menaiki takhta Kerajaan Brunei. Kemudian pada tahun 1740, baginda sekali lagi telah menurunkan diri dari takhta kerajaan dan menyerahkan takhta kepada menantu baginda, Pg Muda Tengah Omar Ali Saifuddin ibni Sultan Muhammad Alauddin menjadi Sultan Omar Ali Saifuddin I. Sultan Husin Kamaludin menamakan diri baginda Paduka Maulana dan oleh sebab Sultan Husin ketika itu bersemayam di Luba, lalu baginda terkenal dengan nama Marhum di Luba. Mengikut cerita-cerita orang tua, baginda gemar mencari dan menangkap ikan-ikan di tebing Sungai Hulu Brunei bersama-sama dengan orang-orang kampung terutama di kawasan pesisiran hulu sungai menuju makam di Luba. Baginda sering membawa sejenis kayu dan dinamakan sebagai kayu tuba kemudian batang kayu itu di pupuh-pupuh dan disimpan di dalam sebuah tin. Setelah itu baginda pun naik ke perahu besar dan menelusuri Sungai Brunei bersama-sama dengan penduduk-penduduk Kampung. Setelah berada di kawasan yang terpilih, air yang mengandungi air tuba di buang ke sungai terutama di kawasan anak-anak sungai kiri dan kanan menuju ke kawasan Kampong Luba. Setelah kira-kira hampir setengah jam, ikan-ikan yang sudah terkena dengan air tuba akan timbul dan dalam keadaan lemah. Para penduduk akan bersorak gembira dan senang hati kerana dapat membawa ikan pulang untuk di makan bersama-sama dengan keluarga tercinta. Kebanyakkan ikan-ikan yang diperolehi dan ditangkap berdasarkan air tuba itu sebenarnya tidak meracunkan dan tidak memudaratkan diri malah apabila dimakan ia tidak akan memabukkan. Begitulah kehidupan masyarat dulu ketika berada di bawah pemerintahan baginda Sultan Husin Kamaluddin.
Menurut riwayatnya, Sultan Husin Kamaluddin seorang Sultan yang penyayang dan pemurah, pada bulan puasa baginda mengadakan rombongan ke kampung-kampung untuk menyelidiki orang-orang miskin, dan seterusnya menghulurkan bantuan barang-barang makanan yang diperlukan oleh mereka. Selain daripada itu baginda juga adalah Sultan yang berkeramat. Pernah suatu ketika semasa baginda berangkat ke laut bersama pengiring-pengiring baginda kekurangan air minuman. Maka baginda menitahkan kepada pengiring-pengiring baginda itu melingkarkan rotan dan meletakkan lingkaran rotan tersebut di permukaan air. Dalam lingkaran rotan yang dikhaskan itulah air tawar atau air minuman didapati. Demikian juga pada masa baginda berangkat bersama pengiring-pengiring baginda melalui sebatang sungai yang ditumbuhi pokok nyirih yang sedang berbuah, baginda menitahkan buah nyirih itu dipetik, tetapi setelah dikupas menjadi buah pitabu (sejenis buah hutan yang boleh dimakan, bentuknya seperti buah sentul isinya berulas-ulas, rasanya masam-masam manis apabila masak). Selain kuat beribadat dan piaku (prihatin) kepada ajaran Islam, baginda juga kuat berpegang teguh kepada dasar bahawa yang hak itu biarlah kembali kepada yang berhak. Justeru berdasarkan pegangan inilah baginda tidak mahu beristerikan Pengiran-Pengiran keturunan Diraja, kerana baginda khuatirkan kedudukan putera-putera baginda keturunan keluarga Diraja itu akan mewarisi takhta kerajaan, sedangkan baginda menyifatkan kedudukan baginda pada waktu itu hanyalah sekadar pemangku Sultan, dan seboleh-bolehnya tidak akan mewariskan takhta itu kepada keturunan baginda melainkan kepada Pg Muda 'Alauddin ibni Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin, cucunda Sultan Muhyiddin yang masih kecil untuk menjadi Sultan. Baginda mangkat pada tahun itu juga dan disemadikan di Makam di Luba, Pulau Luba, Kg. Bunut Perpindahan. Semasa hayat baginda berkahwin dengan Puteri Raja Buwono Maimun dan mempunyai beberapa zuriat. Di antara zuriat-zuriat baginda adalah Raja Dumpil @ Pg Bendahara Pg Anak Untong, Pg Anak Badaruddin, Pg Digadong Pg Anak Abdul, Pg Anak Tajuddin, Pg Paduka Tuan, Pg Kerma Indera, Pg Anak Tuah, Pg Anak Nian @ Nelang, Pg Digadong Bukit Menumpang Pg Anak Hussin, Pg Anak Hassan, Pg Anak Apong, Pg Anak Kadir, Pg Anak Salim, Raja Isteri Pg Anak Noralam, Raja Isteri Pg Anak Puteri, Pg Isteri Pg Anak Puteri Bongsu, Raja Isteri Pg Anak Bulan, Pg Anak Ratna, Pg Anak Sharbanun @ Seri Banum dan Pg Anak Bongsu.
والله أعلمُ
He was the second son of Sultan Haji Muhammad Ali, the 12th Sultan. In those times, it was a fairly tumultous time in Brunei's history. The civil war occurred then and it was during those times that Brunei probably lost control over the Eastern half of Borneo allowing Sambas and Sulu to become independent and setting up the loss of Sabah at the same time.
Sultan Husain was probably very old when he took over the throne from his cousin, Sultan Nasruddin. But he was said to be a very pious man and supposed to posses supernatural powers. He was the only Sultan to have ruled twice. He ruled from 1710 to 1730 before abdicating in favour of his son in law, Sultan Muhammad Alauddin and then took over the throne again 1737 to 1740 when his son in law died. He died in 1740 and was known as Marhum di Luba.
This statement "..before abdicating in favour of his son-in-law..." occurred many times in the history books including the plaque at his "makam" and I believe nobody, even the historians, tried to research the reasons why Sultan Hussin Kamaluddin favoured his son-in-law instead passing the throne to his sons. By doing so, whoever reigns after is no longer "gahara".
Sultan Hussin Kamaluddin [Sultan Brunei 1710 -1730 & 1737-1740]'s Timeline
1710 |
1710
|
||
1740 |
1740
|
||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? | |||
???? |